Make your own free website on Tripod.com

Kepada semua yang berkenaan,

Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kerana kuota yang diperlukan telahpun dipenuhi untuk sementara waktu, iaitu modal untuk pembelian kayu sebanyak 7 container. Jumlah modal terkumpul sampai sekarang ialah ±Rp 350,000,000 ( ± RM 159,090).

Walau bagaimanapun, sekiranya keperluan untuk menambah modal diperlukan, akan kami maklumkan di masa akan datang. Dan, kalau hangpa dapat carikan buyer dari luar negeri, silakan... commission / profit sharing boleh dirunding asalkan setimpal dengan kerjanya. Kami menerima permintaan dalam bentuk raw material, semi finished or final product such as laminating board, flooring, S2S, S4S, sawn timber, log etc.

Dan... kalau Bahasa Malaysia aku dah lebih mirip orang Indon... maafkanlah daku... Hehehe...

Berikut adalah prosedur yang terlibat dalam pembelian, penjualan dan pemprosesan kayu dari bahan baku (raw material) sehingga barang setengah jadi atau siap (semi finished or fine product).

Sebelum pembelian bahan baku, terpaksa mencari pembeli...

Berikut adalah syarat umum pembeli yang harus kita penuhi.

 Persyaratan  Penjelasan
 Jenis Kayu  Nyatoh, Agathis, Malapi - Gitar
 Nyatoh, Jati - Perabut
 Merbau, Bengkirai - Flooring
 Agathis - Mancis, Pensil
 
 Ukuran dan Bentuk  Tentukan Tebal, Panjang dan Lebar
 Apakah yang diperlukan adalah dalam bentuk solid atau laminating?
 
 Moisture Contents (MC)  Kelembapan kayu yang dikehendaki.
 MC kayu kering sekitar 8-12. Tergantung jenis produk.
 
 Harga / m3  Untuk kayu potongan (sawn timber), matawang Rupiah.
 Untuk kayu setengah jadi (semi processed wood), matawang Rupiah / US$.
 
 Cara Pembayaran  Cash on Delivery / Credit Terms
 Matawang yang digunakan (US$ / Rp)
 
 Barang Rosak  Digantikan dengan barang baru atau dibayar dengan bentuk tunai.
 Apakah ada batas waktu penggantiannya?
 
 Cara Pengiriman  Tergantung persetujuan semasa perjanjian dipersetujui.
 Container 20', 40' atau truk, fuso atau tronton.
 Hanya melalui jalan darat.
 

Setelah dapat pembeli, kita cari pembekal kayu untuk membeli bahan baku.

Pembelian bahan baku akan dipersetujui setelah kesepakatan berikut tercapai

 Persyaratan  Penjelasan
 Jenis Kayu  Nyatoh, Agathis, Malapi - Gitar
 Nyatoh, Jati - Perabut
 Merbau, Bengkirai - Flooring
 Agathis - Mancis, Pensil
 
 Ukuran kayu  Tentukan panjang minimum dan subsidi panjang.
 Tentukan lebar minimum dan subsidi lebar.
 Tentukan tebal minimum dan subsidi tebal.
 Tentukan cara mengred kayu (Rujuk homepage)
 
 Moisture Contents (MC)  Kelembapan kayu yang dikehendaki.
 MC kayu kering sekitar 8-12. Tergantung jenis produk.
 
 Harga / m3  Untuk kayu potongan (sawn timber), matawang Rupiah.
 Untuk kayu setengah jadi (semi processed wood), matawang Rupiah / US$.
 
 Cara Pembayaran  xx% dibayar sebagai deposit SETELAH dokumen pengangkutan difax.
 Baki pembayaran dilunaskan setelah kayu digred.
 
 Kayu Rosak  Kerosakan 75-100% - dijual kepada kita pada harga yang jauh lebih rendah.
 Kekadang, kita menganggapnya sebagai bonus kerana tidak dapat dipakai untuk produksi langsung.
 
 Cara Pengiriman  Penjual bertanggungjawab mengaturnya dan biaya pengiriman ditanggungnya.
 

Kalau kita tidak mempunyai kilang kayu sendiri, kita sub-kontrak ke orang lain.

 Persyaratan  Penjelasan
 Harga / m3  Biaya proses kayu biasanya dicajkan dalam mata wang Rupiah.
 
 Cara Pembayaran  Dilunaskan SEBELUM pengambilan barang jadi atau SETELAH dokumen pengangkutan difax.
 Bukti pembayaran difaks ke pemilik kilang sebagai tanda pembayaran.
 
 Kayu Rosak  Tidak 100% dari kayu akan dapat digunakan untuk produksi walau setelah digred.
 Diperkirakan sekitar 70-75% dari bahan baku yang dapat digunakan sepenuhnya.
 10-15% lainnya akan dijual sebagai kayu bakar.
 
 Cara Pengiriman  Tergantung persetujuan semasa perjanjian dipersetujui.
 Container 20', 40' atau truk, fuso atau tronton.
 Hanya melalui jalan darat.
 

Okay... sekarang kita akan menyentuh fakta-fakta di atas dalam bentuk cerita.

Kita telah menemukan seorang pembeli yang akan membeli kayu Nyatoh sebanyak ±150m3 / bulan dalam bentuk setengah jadi pada harga US$ 450/m3. Segala kos pengangkutan ke tempat pembeli ditanggung kita dan segala kerosakan haruslah diganti dengan bahan baru. Tidak ada batas pengembalian barang rosak.

Seminggu setelah kita mendapatkan order tersebut, kita berjaya menemukan seorang pembekal kayu yang berjanji akan membekalkan sebanyak ±200m3/bulan dalam bentuk sawn timber pada harga Rp 3,000,000/m3. Beliau bersetuju untuk menanggung segala biaya pengangkutan dari kilang kayunya (sawmill) sampai ke kilang pengeringan kayu pilihan kita.

Pemilik kilang pengeringan kayu mengenakan bayaran sebanyak Rp 250,000/m3 sebagai biaya pengeringan kayu. Kayu tersebut akan dikeringkan secara perlahan menggunakan stim dan akan disimpan di dalam chamber selama 3 - 4 minggu. Segala kerosakan pada kayu kecuali terbukti kesalahan kilangnya, tidak akan dibayar ganti rugi.Segala biaya pengangkutan kayu ke kilang pemprosesan kayu ditanggung kita.

Kita sub-kontrakkan kerja tersebut ke orang lain memandangkan kita sendiri belum mempunyai kilang sendiri (jasa). Kita hanya bertindak sebagai maklar (middleman). Orang tersebut mengenakan bayaran sebanyak Rp 2,000,000/m3. Ongkos kirim dari tempat pengeringan kayu dan ke tempat pembeli ditanggung kita.

Paham kan ceritanya? Kita sekarang masuk ke bab account pulak.

Setiap slip transaksi akan disimpan dan sedia diaudit bila-bila masa.

Income Price in Rp    

Price in Rp

    Price in Rp    
Penjualan 150m3 kayu @ US 550

9,300

767,250,000   767,250,000

9,100

750,750,000   750,750,000         9,000 742,500,000  742,500,000
                 
Expenses                  
Pembelian kayu sebyk 200m3 2,700,000 540,000,000 (540,000,000) 2,700,000 540,000,000 (540,000,000) 2,700,000 540,000,000 (540,000,000)
                 
Biaya pengeringan 200m3 200,000 40,000,000   200,000 40,000,000   200,000 40,000,000  
Bongkar kayu 10 container 200,000 2,000,000   200,000 2,000,000   200,000 2,000,000  
Biaya kirim dari KD ke Pabrik - 10 trip 350,000 7,000,000   350,000 7,000,000   350,000 7,000,000  
    (49,000,000)     (49,000,000)     (49,000,000)
Biaya proses kayu 150m3 900,000 135,000,000   900,000 135,000,000   900,000 135,000,000  
Biaya pengurusan dokumen 200,000 4,000,000   200,000 4,000,000   200,000 4,000,000  
Biaya pengiriman kayu 12 trip 200,000 2,400,000   200,000 2,400,000   200,000 2,400,000  
    (141,400,000)     (141,400,000)     (141,400,000)
                    -                       -                       -  
                 
Keuntungan kasar   Rupiah 36,850,000   Rupiah 20,350,000   Rupiah 12,100,000
Keuntungan kasar   Ringgit 16,750.00   Ringgit  9,250.00   Ringgit 5,500.00

Perlu diingatkan bahawa setiap transaksi bahan setengah jadi dilakukan dalam US$. Setiap kali wang tersebut dicairkan, itu tergantung nilai tukaran mata wang asing. (Rujuk nilai dalam warna biru). Bila tukaran mata wang asing memihak ke pihak kita, keuntungan kita dapat ditingkatkan dan begitu sebaliknya.

Dan, semua ini tergantung order bulanannya juga. Sekiranya permintaannya banyak, maka hasil yang kita dapat mungkin lebih banyak.

Untuk penjualan kayu secara langsung, biaya lain-lain tidak terlibat. Keuntungan / kerugian kita dihitung setelah kayu yang kita beli terdahulu dijual pada harga yang lebih tinggi / lebih rendah. Perlu diingatkan, walaupun harga jual kayu lebih tinggi dari harga beli, ia tidak bermakna kita pasti menerima keuntungan kerana pembeli mungkin cuma akan membeli 80% dari bahan baku kita. Sisa 20% tersebut mungkin dijual pada harga yang lebih rendah.

Kami berharap penjelasan ini cukup jelas. Walau bagaimanapun, kami tetap menerima kritik dan cadangan dari hangpa semua.

Oii...  kome... durian dah berbunga...

Salam dari Kota Pahlawan Surabaya.

Document last edited on 1506 hours / 31 Jan 2005